Powered By Blogger

Tuesday, April 13, 2010

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :
1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)[ آل عمران : 77
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.
عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داود وصححه الألباني
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”
Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.


3. Orang Tua yang Berzina
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
“Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.” Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)
5. Orang miskin yang takabbur
6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.
7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda
”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)
8. Penderhaka Ibu Bapa
Rasulullah bersabda:
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii
9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
10. Orang Lelaki yang Dayyuth
Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah
Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.
11.Pengamal Budaya Kaum Luth
عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi
12. Pengamal Seks Abnormal
Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .
13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.
عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).
Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau
المسبل إزاره المختال في مشيته
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”
15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong
عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان


Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.
16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”
Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani.

Monday, April 12, 2010

MASJIDIL HARAM & NABAWI BERCAHAYA

Ini adalah hasil intipan dari IKONOS Satelite milik Space Imaging Inc, AS. Masjidil Haram yang 'diintai' oleh AS pada 31 Oktober 1999 itu menampilkan fenomena menakjubkan. Terlihat di gambar hanya bahagian Masjidil Haram saja yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya tampak lebih gelap. Subhanallah. (NASA Astronomy Picture of The Day) Gambar ini berhasil diambil oleh Satelit IKONOS milik Space Imaging Inc. sebuah perusahaan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat 'mengintai' kota Mekkah dan sekitarnya. UNTUK TUJUAN APA YA???? Ternyata Kompleks Masjidil Haram tampak lebih bersinar dibanding bangunan- bangunan lain di sekelilingnya. Adakah ini merupakan bukti dari janji Allah dalam Surah Ar-Rahman 37 dan Al-Fushilat. Subhanallah. Kita melihatnya kini apa yang telah diucapkan 1400 tahun lalu oleh Muhammad SAW, firman Allah dalam Al-Quran Surat Ar-Rahman 37: "Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi MAWAR MERAH seperti(kilapan) minyak. Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [QS. Ar-Rahman55:37-38] Subhanallah, Maha Suci Tuhanku dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu! Sungguh benarlah firman-MU: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar.Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al-Fushshilat]

Friday, April 9, 2010

KONSPIRASI MUSUH TERHADAP ISLAM

RISALATUL-IKHWAN,
Bil. 27 (Jumaat 15 Ramadhan 1417) (Keluaran Khas Berhubung Sudan)
Dari pena Mustafa Masyhur.
KONSPIRASI MUSUH TERHADAP ISLAM
Betapa kita memerlukan satu pandangan antarabangsa yang bersifat futuristik dan realistik, jauh dari pandangan samar serta juzi (compartmentalised) untuk melihat hakikat di sebalik konspirasi dunia terhadap Islam dan Muslimin, yang disertai oleh kebanyakan negara-negara bukan Islam. Penggerak dan penyokongnya iaitu musuh zionis adalah sekeras-keras manusia yang memusuhi orang-orang yang beriman ..... Sesungguhnya mereka telah merancang konsiprasi ini sejak dahulu lagi dan mereka telah merealisasikan beberapa natijah di antara matlamat besar mereka.
Di antaranya:
• Menjatuhkan Khilafah Othmaniah;
• Menanam kewujudan zionis di hati (pusat) umat Islam di Palestin;
• Membangkitkan permusuhan yang mencetus peperangan Iraq dan Iran;
• Pembinasaan Iraq terhadap Kuwait;
• Musuh zionis juga menguasai pemerintah-pemerintah Eriteria dan Ethopia,
• Membantu kumpulan pemisah di selatan Sudan untuk menyempurnakan pemisahan dengan utara,
• Mengambil hukum sendiri dalam permasalahan punca Sungai Nil;
• Mengambil hukum sendiri dalam menyempitkan pintu al Mandab dari jalan Eriteria dan Jazar Hanish.
Di antara hasil konspirasi dunia menentang Islam dan Muslimin ini adalah menyebarkan terrorism dengan pembunuhan di beberapa negara Arab dan Islam di bawah banner Islam untuk menggambarkan Islam adalah agama terrorism dan kekerasan. Tohmahan ini telah diperkuatkan lagi oleh media massa barat sedangkan Islam sebenarnya adalah suci daripada tohmahan-tohmahan ini, serta tidak mengiktiraf peristiwa-peristiwa kekerasan, penyembelihan dan pembunuhan yang berlaku di Mesir dan Algeria. Tetapi pemburukan ini bermaksud untuk memberontak dan merupakan satu tipu daya terhadap setiap negara ataupun kumpulan yang membawa bendera Islam.
Sesungguhnya musuh telah menggunakan kelemahan orang-orang Islam dan tiadanya kesatuan di kalangan mereka untuk memberikan berbagai pukulan di segenap penjuru terhadap orang-orang Islam di dalam usaha menghapuskan mereka ataupun memecahkan kekuatan mereka, seperti yang berlaku di Bosnia, Chechenia, Kashmir dll. Tetapi orang-orang Islam telah bertahan, contohnya sekatan ekonomi terhadap beberapa negara Arab Islam seperti Iraq, Libya, Sudan dan Iran. Kemudian mereka cuba untuk menguasai ekonomi di pasaran Timur Tengah terhadap negara-negara setempat. Mereka juga membenarkan musuh zionis memiliki senjata nuklear sedangkan ianya diharamkan ke atas negara-negara Arab dan Islam. Begitu juga penguasaan politik terhadap kebanyakan negara-negara pengeluar minyak, di mana penetapan permuafakatan dengan mereka telah mengizinkan kewujudan askar asing di sana supaya petroleum di Teluk sentiasa mengalir ke Barat.
Begitulah kita mendapati perancangan yang keji untuk konspirasi ini merebak ke medan antarabangsa untuk menentang negara-negara Arab dan Islam, terutamanya selepas hancurnya sosialism. Di sana terdapat suatu pemusatan terhadap Mesir dan tekanan ke atasnya kerana kedudukannya di dunia Islam. Adapun konspirasi itu melalui peperangan pada tahun 1967 dan apa yang didapati daripadanya iaitu penjajahan beberapa bahagian daripada negara-negara Arab di sekitar Palestin. Kemudian konspirasi itu berlaku melalui pengiktirafan Mesir terhadap kewujudan zionis perampas dan keluarnya Mesir daripada perlumbaan (peperangan) dengan Musuh, kerana keamanan besar yang diberikan kepadanya. Maka lemahlah negara-negara Arab yang lain terutamanya negara-negara yang berjiran dan negara-negara yang Musuh telah membinasakan buminya, serta Musuh masih enggan untuk keluar daripadanya. Begitu juga, konspirasi itu merangkumi pemisahan Mesir daripada Sudan, percubaan memisahkan utara Sudan daripada selatannya dan pemberontakan John Garang serta pemberian senjata kepadanya untuk memerangi kerajaan Sudan.
Peperangan di Sudan
Peristiwa-peristiwa mutakhir yang berlaku di bumi Sudan selepas larinya Syed Sodiq al Mahdi ke Eriteria, dan percubaan Garang serta sekutu-sekutunya untuk bekerjasama dengan kumpulan yang menentang kerajaan Sudan bagi menjatuhkan dan membahagi-bahagikan(memecahkan) Sudan. Sejurus itu bermula pula pergerakan tentera dari Eriteria dan Ethopia serta pencerobohan beberapa bandar-bandar di Sudan. Berikutan daripada itu kerajaan Sudan telah mengisytiharkan perintah bersiap sedia untuk pencerobohan tersebut.
Maklumat-maklumat menunjukkan terdapat penglibatan kekuatan ketenteraan Ethiopia dan Eriteria di dalam peperangan ini. Sehubungan dengan itu juga maklumat telah menguatkan bahawa pertikaian tentang air yang bersambung ke Mesir merupakan matlamat di belakang pertikaian ini, terutamanya sebagaimana yang telah diketahui bahawa krisis air ataupun peperangan air memang dijangka akan berlaku di beberapa tahun yang akan datang. Mungkin penaklukkan selatan Sudan dan meletakkannya di bawah penguasaan zionis melalui Garang untuk menekan Mesir supaya menyambung air sungai Nil ke kedudukan zionis di celah-celah pertikaian tentang sumber-sumber sungai Nil. Begitu juga Uganda membantu kekuatan pemisahan Garang yang bekerja untuk kepentingan Musuh semenjak dari dari kerajaan al Basheir lagi, dan ia merupakan satu langkah menentang Sudan dan Mesir sejak dahulu lagi.
Oleh itu, sepatutnya hendaklah setiap pencerobohan ketenteraan ke atas Sudan juga merupakan suatu pencerobohan ke atas Mesir, dan wajiblah ke atas Mesir untuk menentang dan menghalang pencerobohan ini. Sekiranya tidak, niscaya akan berlaku perkara yang tidak baik. Malah ia memungkinkan pemberhentian perancangan memperluaskan pertanian di Mesir seperti di Wadi al Jadib dsb. Bahkan ia juga mungkin menyebabkan berlakunya sekatan air dari memenuhi keperluan pertanian semasa.
Adapun pendirian yang perlu diambil adalah serius dan kritikal. Sesungguhnya naib presiden Sudan telah datang untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di Mesir tentang betapa kritikalnya keadaan dan meminta bantuan.
Kami percaya bahawa kepentingan Mesir mewajibkan bantuan kepada kerajaan Sudan sehingga dia tidak lemah dari angkara Garang, yang sekiranya tidak mungkin akan terlaksanalah pemecahan Sudan. Meskipun hubungan antara Mesir dan Sudan adalah kurang baik terutamanya selepas tohmahan bahawa Sudan terlibat di dalam peristiwa percubaan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, (namun itu adalah satu konspirasi jenayah yang ditolak dengan mana-mana neracapun), namun satu tindakan perlu diambil kerana konspirasi ini akan membawa implikasi yang lebih buruk dan bahaya, sekiranya tidak diberikan bantuan. Dan konspirasi ini juga adalah bertujuan untuk memecahkan Sudan dan ia juga untuk menghalang Mesir daripada mempertingkatkan sumber kehidupannya. Begitu juga kehadiran naib Presiden Sudan telah membuka jalan untuk mengembalikan hubungan Mesir dengan Sudan serta memperbaiki beberapa perkara yang diperselisihkan daripadanya, serta membaikpulih hubungan selaras apabila niat telah diperbetulkan. Bahawasanya, inilah permintaan rakyat Mesir dan Sudan. Oleh itu hendaklah kedua-dua pihak berkuasa bersumberkan daripada apa yang dikehendaki oleh rakyat mereka. Bahkan adalah menjadi satu harapan yang besar untuk membakarkan (melenyapkan) konspirasi ini yang telah berlaku semenjak begitu lama dan semoga bersatulah Mesir dan Sudan dalam satu barisan sebagaimana yang telah kita laungkan semasa mengadakan tunjuk perasaan kita di zaman pelajar dahulu. Sememangnyalah setiap gerakan kesatuan-kesatuan lahir daripada kedudukan geografi dari kedudukan kedua-dua bangsa (negara) ini, dan justeru itu kedudukan kedua-dua buah negara yang strategik ini sememangnya saling gantung bergantungan di antara satu sama lain.
Apa Yang diTuntut Daripada Muslimin
Pemerintah negara Arab dan Islam hendaklah memberi perhatian terhadap konspirasi dunia serta perancangan yang keji menentang Islam dan Arab ini. Dan hendaklah ia melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang serius yakni berpadanan dengan kadar bahaya yang mungkin berlaku sekiranya orang Arab dan orang Islam tidak menyedari perkara tersebut sebelum berlalunya waktu. Terutamanya musuh telah berjaya menyibukkan kita dengan diri sendiri serta perselisihan sesama sendiri sehingga sempurna onspirasi mereka supaya sukarlah untuk memperbaiki kerosakan yang telah mereka lakukan.
Kita hendaklah bersatu serta menghapuskan perselisihan juz'i yang wujud di antara kita untuk menghadapi bahaya yang tidak semena-mena ini. Hendaklah negara-negara kita menyokong kecintaan bangsa kita terhadap Islam. Serta, hendaklah kita menyandarkan perlindungan kepada Allah dan memohon pertolongan daripadaNya subhanahu wataala, sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa keatas hamba hambaNya dan Penolong orang-orang beriman serta Penunduk golongan mustakbirin (bongkak).
Orang-orang Arab dan Islam wajarlah mengetahui bahawa jika sekiranya Garang menguasai sebahagian daripada Utara Sudan, terutamanya Kolam Nil Biru dan memisahkannya (dari Sudan), kemudian negara-negara lain mengiktiraf (negara tersebut), sukarlah untuk mengembalikannya semula (kepada Sudan) sebagaimana yang telah berlaku dan masih berlaku di Palestin serta pengiktirafan beberapa negara terhadap pencerobohan zionis tersebut.
Sesungguhnya kami menyeru kerajaan Mesir supaya tidak berpendirian berpeluk tubuh di hadapan malapetaka ini. Bahaya ini begitu jelas, malapetaka ini terlalu besar, peristiwa-peristiwa berlaku begitu pantas sekali, dan kekuatan penganiayaan ini memburu kita dari segenap penjuru. Hendaklah kita saling melupakan apa yang telah berlaku di antara kita dan kerajaan Sudan. Sesungguhnya Mesir mempertahankan buminya dan airnya melalui pembelaan Sudan dan masa depan bangsanya sekiranya selesai penetapan hukum dalam urusan air sungai Nil..
Alangkah baiknya bagi muslimin, pemerintah atau pun orang yang diperintah, di hari hari dan malam Ramadhan yang diberkati untuk mengingati apa yang telah Allah buktikan daripada kemenangan yang di capai (oleh umat Islam) di dalam bulan ini pada masa yang lalu. Nescaya ini akan menimbulkan harapan di jiwa mereka, lalu mereka menyandarkan perlindungan kepada Allah serta memohon pertolongan daripadaNya untuk menghadapi musuh. Mereka juga akan mempersiapkan diri mereka dengan apa yang termampu dari kelengkapan dan kekuatan untuk menghadapi konspirasi dan bahaya yang besar ini. Dan Allah lah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.
Di antara apa yang memberi harapan yang besar (kepada kita) adalah lahirnya kebangkitan Islam semasa, meskipun wujudnya berbagai konspirasi yang berterusan semenjak berabad-abad yang lalu lagi... mudah-mudahan berterusan, Ya Allah, saksikanlah!
Persetujuan al Khalil
Sesungguhnya apa yang dipanggil sebagai penyelesaian kepada krisis pemulangan penempatan di al Khalil, setelah sempurnanya persetujuan keatasnya dan orang-orang Palestin di al Khalil memuji-muji (persetujuan tersebut), mengandungi beberapa perkara yang sungguh merbahaya. Adapun pembahagian bandar tersebut, sedangkan sebelum ini musuh sendiri mengakui bahawa ianya adalah bandar orang Arab, serta perletakan Masjid Ibrahim di bawah pengawalan Israil, dan penolakan Netanhayu terhadap kerjasama orang-orang Palestin untuk mengawal Masjid itu kecuali beberapa kerat dari polis Palestin yang bersenjatakan pistol di dalam kereta-kereta Israil yang meronda kawasan tersebut untuk melindungi golongan penempatan... Kemudian, musuh mewajibkan keatas orang-orang Palestin untuk berjanji untuk menyerahkan anasir anasir Islam yang menentangnya untuk dibawa ke mahkamah zionis. Begitulah, persetujuan tersebut akirnya erjaya merungkaikan ikatan-ikatan "ketanahairan" palestin serta menguatkan kerjasama damai di antara kedua-dua kekuatan Israil dan Palestin, dan (ia juga merupakan suatu) perjanjian untuk menghancurkan binaan dasar terhadap Gerakan Penentangan Islam yang menentang zionis secara seluruhannya. Sebagai balasan, musuh mencari-cari titik-titik yang belum di sempurnakan oleh perjanjian... ya'ni, apa sahaja peristiwa yang berlaku (yang mempunyai kesan penentangan terhadap musuh, dikira membatalkan perjanjian, lalu, perkara tersebut seolah-olah masih tergantung atau tidak putus... Begitulah, kita mendapati musuh tidak memberi kata putus dan meninggalkan urusan tergantung kepada berlakunya sebarang peristiwa (penentangan). Sedangkan, penentangan tidak akan berhenti selagimana wujudnya kedua-dua pihak, zionis dan barisan penentangan Islam. Di dalam suasana penyempurnaan perjanjian ini, meskipun keji, tidaklah dilupakan permasalahan al Quds dan Masjid al Aqsa, kerana akan turut dilupai ribuan tahanan di penjara-penjara musuh dan jutaan lagi pelarian di luar Palestin!.
"Hendaklah kita tidak tertipu dengan apa yang telah berlaku, terutamanya kerana musuh masih berpegang dengan matlamat akhir mereka iaitu: "Israil al kubra dari Nil ke Furat"!!!

Wednesday, October 21, 2009

kami sekeluarga ke kl


Hmm..dah lama rasenye saya xupdate blog ini
terlalu banyak kerja yang hendak di buat dalam masa cuti sem ni...malumlah..cuti skit jew..huhuhuh.
Untuk pengetahuan semua dua hari lepas sya bru shaja menhadiri majlis graduasi kak long saya ygang bertempat di uitm Shah Alam.
majlis tersebut sungguh bermakna buat saya kerana ia merupakan majlis graduasi yang pertama yang saya hadiri.
ia juga merupakan graduasi kak long saya yang sulung Nur Athirah..
Keadaan di sana memang meriah dengan dihadiri oleh ramai ibu bapa yang ingin melihat anak mereka mendapatkan sugulung iajazah dan juga tak lupa untuk bergambar bersama bagi merakam kan saat yang bersajerah lagi bermakna dalam hidup mereka....
Gambar diatas merupakan gmbar ahli keluarga saya..hahaha
gambar ini dimbil sebelum kami berangkat ke Kuala Lumpur...
bagi keluarga kami perjalanan ke KL merupakan satu perjalanan biasa kerana acap kali kali juga kami sekeluarga pergi ke sana..
tetapi perjalanan kali ini agak meriah sedikit dengan kehadiran teman baru ayah saya iaitu walkie talkie.hahaha

 
ini adalah satu aktiviti terbaru ayah saya...sepanjang perjalanan kami ke k memang tidak sunyi kerana ayah selalu berhubung melalui walkie talkie nya yang baru itu..hahah
macam ragam yang kami dapat sepanajg perjalanan kami itu..huhu
kalau ikut kebiasaan dia(ayah) akan memandu laju sepanajg perjalan  supaya cepat sampai ke destinasi yang di tuju itu..tapi  kali ini beliau lebih suka berhubung sambil bercakap dalam walkie talkie nye itu..

Bagi  saya pulak macam perkataan yang saya belajar melalui ayah saya :
 xyl=x young lady(isteri)
harmoni=anak2
sok mai=tempat kerja

itu sebahagian yang dapat dipelajari sepanjang  perbualan itu.hahaha
maklumla bagi nak mengelakkan kebosanan semasa memandu dalam perjalan yg jauh ini....

mcm la tajuk perbualan yg yg d ajukan
hehehe
\rasa nak tergelak pun ade.huhuhu
tapi nak buat macm mana dah adat nak berkenalan..kenela tanye la macam2 soaln.heheh
tapi alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kami selamat sampai ke destinasi yang dituju..





Wednesday, October 7, 2009

Hair Transplant India

Hair Transplant India

Shared via AddThis

anak-anak zaman sekarang

NAK-ANAK ZAMAN INI
Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
  1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
  2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
  3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
  4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
  5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
  6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
  7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.
  8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
  9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
  10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
  11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
  12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .

WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.
Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.

Tuesday, October 6, 2009

keletihan yang menyedarkan.

Hari ini saya memulakan pekerjaan baru sya yang semetara ini,iaitu sebagai pembaiki komputer...kalu ikut orng kmpung kata pomen komputer hehehhe. hmmm ari ni ana dtg tpt pkul 10 pagi dan ana trus memeulakn keje ana yg tertunda kelmarin...membaiki laptop...keje ni da  lame anna  tak buat ..disebabkan ana terpaksa meneruskan pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.....dan sempena dengan cuti selepas final exam yg amat memenatkan itu ..ana igignisi mase ana deng aktiviti yg berguna...jadi ana berasa hndak meneruskan aktiviti membaiki komputer ini
kerana ia amat menyeronokkan........

Ana juga sempat berkenaln dengan bebrapa orng kawn yg lebih tua dri ana...Mereka sedang menjalani tempoh praktikal selama 6 bulan ...owh ..terlupa nak beritahu dimana lokasi tmpat kerja tu...Makson.....disini tmpat kami bekerja..iaitu berdekatan dengan Bilal Kubang Kerian..huhuu.......kawan2 bru ana di makson belajr politeknik  dari seluruh Malaysia...ade yg dari Kedah, Kota.Bharu,Besut,dan lain2 lagi....

ana sempat berkongsi sedikit maklumat antara kami dan ia amat berkesan dalam proses perkenal pertama kami ini...hmmm
hmm alhamdulillah sume kawn 2 ana ni baik2 semua..dan mereka semua ni merokok..huhu bkn nak kata ape....tapi .kurng selesa la bile bercakp dgn mereka ..bila merka sdg merokok kite yg x mrokok ni dk diam  jew smbil tgk asap rokok mereka yg dilepaskan ke udara..huuhu
berhenti la merokok ye...ayah ana juge meroko
entah mcm mane la nk bagi mereka berhenti..........huhu ape yg ana nak smapikn ialah ...stkt ni ...ape yg ana buat di masa cuti ini mash lagi semua berjalan dgn lancar.........hahaha
ana rase setakat ini sahaja yang ana mampu coret terlibih dahulu....
dan ini perupak n hasil tgn yg pertama dalam penulisan blog....ana berharap ana dapt perbaiki lagi dengan cara penulisan ana..ana akan berusha.....ana akan menulis ape yg menjadi pemerthatian ana semsa ana di bumi ciptaan ilahi ini.......maasalamah wa ilalliqa'..assalamualaikum

hide

online